Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri terus disemarakkan dengan amalan kunjung-mengunjungi bagi mengeratkan hubungan persaudaraan.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) dan jemaah Masjid Kampung Sungai Hanching berkesempatan mengadakan kunjungan hari raya ke kediaman, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Imam Haji Noorazalenata bin Haji Ratu itu bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan silaturahim malah mencerminkan semangat muafakat yang tinggi dalam kalangan jemaah masjid berkenaan.
Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan amalan kunjung mengunjungi bagi ziarah-menziarahi sudah menjadi tradisi masyarakat di bulan Syawal yang mulia ini.
Tradisi berkenaan mencerminkan nilai-nilai budaya Islam yang menuntut mengeratkan perpaduan dan mengekalkan keharmonian masyarakat.
