Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan mualaf adakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Sempena Hari Raya Aidilfitri, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengungkayahkan Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi Mualaf Senegara ke Istana Nurul Iman dan ke kediaman orang-orang kenamaan bagi tahun 1439H/2018M.

    Rombongan yang diketuai oleh Pemangku Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh itu disertai oleh seramai 580 orang mualaf dari Daerah Brunei dan Muara,  Tutong, Belait dan Temburong.

    Turut serta menyertai rombongan tersebut ialah pemangku penolong pengarah PDI, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan pusat berkenaan serta Unit Dakwah Daerah-daerah. Sejurus selesai mengadakan Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman, rombongan mualaf berkenaan telah mengadakan kunjungan ke kediaman orang-orang kenamaan di mana rombongan mualaf telah dibahagikan kepada enam kumpulan.

    Hari ini, seramai 100 orang mualaf dari Daerah Temburong bersama pegawai dan kakitangan PDI telah berkunjung ke kediaman Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof di Kampung Batu Ampar.

    Rombongan mualaf yang mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda