Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan PGGMB lawat SK Api-Api

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Dalam usaha melihat lebih dekat lagi kaedah dan konsep pengajaran di beberapa buah sekolah di Kota Kinabalu, rombongan guru-guru Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) kelmarin telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api, Sabah.

    Ketibaan rombongan di sekolah berkenaan telah dialu-alukan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Kassim bin Wiro selaku Pegawai Pengiring.

    Turut mengalu-alukan rombongan, Guru Besar SK Api-Api, Mohd Hafiz Zuraimy bin Damsah, Yang Dipertua dan EXCO SK Api-Api, Naxir bin Datuk Haji Salleh serta guru-guru kanan, guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan.

    Sebelum mengadakan lawatan ke bilik-bilik darjah dan melihat lebih dekat lagi kemudahan yang terdapat di sekolah berkenaan, rombongan berpeluang mende-ngarkan taklimat mengenai pengurusan dan perancangan sekolah di samping turut diterangkan mengenai pencapaian akademik pelajar dalam pelbagai aspek.

    Sementara itu, ketua rombo-ngan, Haji Mustapa bin Haji Masri dalam ucapan telah mengongsikan tujuan lawatan ke sekolah berkenaan, selain mengucapkan terima kasih atas perkongsian amalan-amalan terbaik yang diamalkan di sekolah tersebut.

    Gambar ramai rombongan semasa lawatan ke SK Api-Api, Sabah. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    Rombongan berpeluang mendengarkan taklimat semasa lawatan ke sekolah berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda