Wednesday, December 4, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan PGGMB pelajari budaya kerja berkualiti

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Seramai 30 orang guru dari sekolah-sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah, hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pendidikan Sabah dan dua buah sekolah.

    Rombongan tersebut akan mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Tebohon Kota Kinabalu dan Sekolah Antarabangsa Kinabalu bermula 4 hingga 6 Disember.

    Rombongan diketuai oleh Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri. Lawatan tersebut turut disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Haji Yahya bin Haji Murasan; Guru Besar Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB Madang, Awang Ismail bin Haji Tia; Guru Besar STJ PGGMB Belait, Dayang Fazziah binti Kamis; guru-guru kanan dari STJ PGGMB Lambak, Sekolah PGGMB Sungai Akar dan guru-guru dari sekolah PGGMB.

    Antara tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mempelajari amalan terbaik dalam bidang akademik dan kegiatan kokurikulum, program pemulihan, program literasi dan numerasi dan etos sekolah.

    Di samping itu, ia juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim kedua-dua organisasi, seterusnya mempelajari dan meningkatkan budaya kerja yang berkualiti tinggi dan pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam menentukan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

    Hasil dapatan daripada lawatan ini nanti akan dapat menyuntik semangat dan komitmen yang padu daripada peserta-peserta rombongan agar dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien dan efektif di sekolah masing- masing kelak.

    Rombongan dari sekolah PGGMB bergambar ramai sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, Sabah bagi mengadakan lawatan rasmi. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda