Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ronaldo sah sertai Al Nassr

    RIYADH, 1 JAN – Cristiano Ronaldo baru-baru ini menandatangani kontrak untuk menyertai Al Nassr dari Arab Saudi, dalam perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada 200 juta euro, kata kelab tersebut.

    Pemain berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak yang akan membawanya bermain hingga Jun 2025.

    “Saya tidak sabar untuk menerokai di liga bola sepak di negara lain,” kata bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu.

    Menerusi halaman Twitter Al Nassr, beliau kelihatan memegang baju biru dan kuning dengan nombor tujuh kegemarannya yang dicetak di belakang baju.

    “Visi Al Nassr adalah untuk memberi inspirasi, dan saya gembira dapat menyertai rakan sepasukan saya, supaya bersama-sama kita dapat membantu pasukan mencapai kejayaan yang lebih besar,” tambahnya.

    Aksi Cristiano Ronaldo semasa perlawanan bola sepak suku akhir Piala Dunia ketika menentang Maghribi, di Stadium Al Thumama di Doha, Qatar, 10 Disember lalu. – AFP

    Al Nassr telah memenangi sembilan kejuaraan liga Arab Saudi, dan yang terakhir pada 2019.

    “Ini lebih daripada sejarah dalam pembikinan. Ini merupakan penandatangan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tetapi memberi inspirasi kepada liga, negara dan generasi kami pada masa akan datang, lelaki dan perempuan untuk menjadi versi terbaik diri mereka. Selamat datang @ cristiano ke rumah baharu awda @alnassr_fc,” ciap skuad Saudi itu.

    Ronaldo menuju ke Teluk selepas setahun yang menyaksikan dia diturunkan ke bangku simpanan untuk Portugal dan diketepikan oleh Manchester United.

    United berpisah dengan bintang Portugal itu selepas penyerang veteran itu mengadakan sesi temu bual di TV di mana dia berkata dia berasa ‘dikhianati’ oleh kelab dan tidak menghormati jurulatih Erik ten Hag.

    Dalam pada itu, United telah menamatkan kontraknya semasa Ronaldo bersama Portugal di Piala Dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda