Friday, April 25, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rose BLACKPINK terima anugerah muzik Amerika

    SEOUL, 24 APRIL – Anggota kumpulan BLACKPINK, Rose menerima dua pencalonan dalam Anugerah Muzik Amerika (AMA) yang akan datang, menerusi lagu hit “APT.”, menurut laman sesawang rasmi penganjur pada Khamis.

    Rose dicalonkan bagi kategori Kolaborasi Terbaik Tahun Ini menerusi lagu bersama bintang pop Bruno Mars, serta kategori Artis K-pop Kegemaran bersaing dengan Ateez, Jimin dan RM dari BTS, serta Stray Kids, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Rose meneruskan kecemerlangannya dalam carta US Billboard Hot 100 menerusi lagu “APT.”, yang kekal dalam carta selama 26 minggu berturut-turut.

    Lagu APT. yang dilancarkan pada Oktober lalu itu membuat penampilan sulung di tangga kelapan sebelum sedikit menurun dan kemudian melonjak semula ke kedudukan ketiga pada awal tahun ini.

    AMA dijadual berlangsung pada 26 Mei di Las Vegas. -Bernama

    Rose, kumpulan BLACKPINK, tercalon anugerah muzik Amerika –Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda