Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    RPN Kampung Mentiri II agih 150 kotak bubur asyura

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Bulan Muharram, bulan pertama dalam tahun hijrah juga menjadi salah satu bulan istimewa bagi masyarakat Islam di mana amalan bersedekah dan berpuasa menjadi kelebihan yang menjanjikan pahala berlipat ganda.

    Merebut peluang ibadah itu, Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri Kawasan II, hari ini, bergotong-royong menyediakan bubur asyura di kediaman Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri Kawasan II, Haji Nizam Haji Julaihi.

    Sebanyak 150 kotak bubur asyura berkenaan telah diagih-agihkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan penduduk di kawasan berkenaan yang disampaikan oleh Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Haji Nizam berkata, “Penyediaan bubur asyura secara bergotong-royong telah memberi gambaran yang positif bersama MPK dan JKKK bergading bahu dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kampung sekali gus untuk merebut pahala dan mengeratkan suasana harmoni.

    “Pengagihan bubur asyura yang sinonim dengan kedatangan 10 Muharram, juga dihasratkan sebagai ibadah sedekah untuk mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim di samping sebagai sajian berbuka kepada yang berpuasa Hari Asyura,” jelasnya.

    Ahli MPK dan JKKK melakukan kerja gotong-royong membuat bubur asyura. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda