Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ruang udara kawasan Perkhemahan Sungai Akar diisytihar terhad

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai langkah sekuriti dan keselamatan tambahan, kawasan dalam lingkungan tiga batu nautika iaitu 5.56 kilometer radius dari Perkhemahan Sungai Akar, Daerah Brunei dan Muara adalah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad pada 28 November.

    Jabatan Penerbangan Awam dalam kenyataan akhbarnya, hari ini, menekankan bahawa di bawah pengisytiharan itu, sebarang pesawat tanpa kebenaran, termasuk dron iaitu pesawat udara kawalan jauh, adalah tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara itu.

    Kegagalan untuk mematuhi peraturan berkenaan dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan Negara Brunei Darussalam, di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.

    Orang ramai yang memerlukan penjelasan lanjut boleh menghubungi Ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam di talian +673 2330142 sambungan 1455 atau melalui e-mel, unmanned.aircraft@dca.gov.bn.

    Jabatan Penerbangan Awam mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan pematuhan penuh terhadap pengisytiharan berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda