Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Putih: Biden tidak akan berundur

    WASHINGTON, 4 JULAI – Joe Biden “sama sekali tidak” menarik diri daripada persaingan bagi presiden AS, kata jurucakapnya hari ini, ketika tekanan meningkat berikutan prestasi buruk perdebatannya dengan Donald Trump.

    Panik telah mencengkam Parti Demokratnya berikutan perbahasan TV minggu lalu, dan komen-komen dalaman mengenai mencari calon pengganti sebelum pilihan raya November telah diperkuatkan dengan tinjauan pendapat yang menunjukkan Trump semakin mendahului.

    The New York Times dan CNN melaporkan bahawa Biden, 81, telah mengakui kepada sekutu-sekutu pentingnya bahawa usaha pemilihan semulanya akan gagal jika dia gagal meyakinkan orang ramai bahawa dia masih bersedia untuk menjalankan tugas.

    Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre menolak laporan berkenaan secara terang-terangan, menegaskan Biden tidak berniat untuk menarik diri.

    “Presiden mempunyai pandangan yang jelas dan dia kekal dalam persaingan itu,” kata-nya kepada para pemberita.

    Biden memberitahu kakitangan kempen dan parti menerusi panggilan telefon bahawa dia tidak akan pergi ke mana-mana.

    “Saya berada dalam perlumbaan ini hingga penghujung dan kita akan menang kerana apabila Demokrat bersatu, kita akan sentiasa menang. Sama seperti kita menewaskan Donald Trump pada 2020, kita akan menewaskannya sekali lagi pada 2024,” katanya, menurut sumber yang rapat dengan kempen itu.

    Dia mengulangi mesej itu dalam mesyuarat tergempar dengan gabenor-gabenor Demokrat, yang menjanjikan sokongan berterusan mereka, kata peserta selepas mesyuarat itu.

    “Ketika presiden terus memberitahu kami, dan menunjukkan kepada kami, bahawa dia memberikan semuanya kami berkata bahawa kami akan berdiri bersamanya,” Gabenor Maryland, Wes Moore, dilihat sebagai bintang yang semakin meningkat dan bakal calon presiden yang berpotensi, memberitahu pemberita bersama-sama Tim Walz dari
    Minnesota dan Kathy Hochul dari New York. – AFP

    Presiden Joe Biden bercakap semasa Majlis Medal of Honor di Bilik Timur Rumah Putih di Washington, DC, pada 3 Julai. Rumah Putih menyatakan bahawa Biden tidak berniat untuk berundur daripada persaingan bagi jawatan tertinggi AS. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda