Sunday, November 17, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rumah Rimba

    TERLETAK di kawasan tumbuh-tumbuhan yang tebal di pesisir pantai, hutan rimba Brazil, Rumah Rimba atau Casa Na Mata telah direka oleh arkitek Brazil, Studio MK27 untuk mengoptimumkan kaitan antara seni bina dan alam semula jadi.

    Isi padu utama rumah tersebut telah ditingkatkan dari tanah dan kelihatannya dibina ke dalam topografi. Rumah itu, bagaimanapun, seperti terkeluar daripada gunung.

    Sentuhan elemen antara cerun dan pembinaan – contohnya seperti dek kayu – telah dibentuk untuk menghormati tanah yang ada, oleh itu ia mewujudkan satu interaksi organik antara alam semula jadi dan elemen seni bina.

    pgm17_170225_bpgm17_170225_cpgm17_170225_apgm17_170225_dpgm17_170225_epgm17_170225_fpgm17_170225_gpgm17_170225_h

    Dalam bahagian itu, ia muncul dari gunung, strukturnya menyentuh tanah dengan hanya dua tiang.

    Rumah Rimba tiga tingkat itu mewujudkan bahagian programatik jelas bagi projek itu: lantai bawah menempatkan dek yang sebahagian besarnya kayu, bersambungan dengan bilik kecil untuk kanak-kanak; lantai pertama terdapat enam bilik tidur – lima daripadanya memiliki beranda kecil bersama buaian – dan sebuah bilik televisyen; lantai ketiga dan terakhir adalah bilik sosial di rumah tersebut, termasuk kolam renang, sebuah bilik tamu dan dapur.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda