Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan dengan Korea U diutamakan

    SEOUL, Korea Selatan, 19 Jun – Korea Selatan hari ini berkata latihan bersama ketenteraan yang dijadualkan dengan Amerika Syarikat (AS) telah ditangguhkan untuk menyokong rundingan yang sedang berjalan antara kedua-dua negara dengan Korea Utara.

    “Korea Selatan dan AS telah membuat keputusan itu kerana kami percaya ini akan menyumbang kepada pengekalan momentum,” kata Choi Hyun-soo, jurucakap wanita Kementerian Pertahanan.

    Dia berkata demikian selepas AS dan Korea Selatan mengumumkan Latihan Ulchi Freedom Guardian yang dijangkakan berlangsung pada Ogos ini telah dibatalkan.

    Gambar fail pada 26 April 2017 menunjukkan pasukan tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat melihat operasi latihan ketenteraan antara kedua buah negara itu di Padang Latihan Kebakaran Seungjin di Pocheon, 65km dari timur laut Seoul. – AFP

    Pengumuman itu dijangkakan secara meluas ekoran sidang kemuncak Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un minggu lalu.

    Trump berkata selepas sidang kemuncak di Singapura bahawa dia akan menangguhkan ‘perang olok-olok’ ketenteraan AS dengan Korea Selatan melainkan rundingan berhubung penamatan program senjata nuklear Korea Utara gagal.

    Walaupun kenyataannya itu mengejutkan Korea Selatan dan Pentagon, kedua-dua negara bersetuju dalam membatalkan latihan itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda