Sunday, May 12, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan

    ANKARA, 28 APRIL – Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Jumaat. 

    Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS) memberitahu satu taklimat di Geneva bahawa serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu (AA).   

    Menurut Pejabat Media di Gaza, serangan Israel memusnahkan sebanyak 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibat rumah berkenaan tidak boleh diduduki.

    Antara yang terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah. 

    Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Oktober lepas dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin.

    Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit. – Bernama

    Tentera rejim Israel bergerak di atas kereta kebal berhampiran sempadan Israel-Gaza pada 25 April 2024, dengan berlatarbelakangkan bangunan yang runtuh. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sherpa lebarkan rekodnya sendiri, daki Gunung Everest kali ke-29

    KATHMANDU, 12 MEI - Salah seorang sherpa pendakian terhebat di Gunung Everest telah mendaki puncak tertinggi dunia untuk kali ke-29, memanjangkan rekodnya sendiri untuk...