MOSCOW, 2 APRIL – Kerajaan Rusia memperuntukkan 5.2 bilion rubles (AS$67.09 juta) daripada rizabnya untuk membeli ambulans.
Dokumen berkaitan pembelian itu ditandatangani Perdana Menteri Mikhail Mishustin, diterbitkan pada hari ini menerusi laman web rasmi kerajaan.
“Bagi memastikan pertubuhan kesihatan sedia menerima pesakit akibat jangkitan COVID-19, 5.2 bilion rubles diperuntukkan daripada rizab kerajaan untuk membeli 1,200 ambulans bagi keperluan seluruh wilayah Rusia,” lapor agensi berita TASS. – Bernama