Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia tingkat eksport aluminium ke China, capai rekod AS$2.3 bilion

    MOSCOW, 25 SEPT – Rusia meningkatkan eksport aluminium ke China dengan penghantaran meningkat 1.4 kali ganda kepada rekod AS$2.3 bilion antara Januari dan Ogos 2024, lapor Sputnik.

    Lonjakan itu mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara di tengah perubahan dinamik ekonomi global.

    Pada 2019, import aluminium China dari Rusia hanya berjumlah AS$60.6 juta.

    Sementara itu, jualan tembaga kekal pada tahap yang sama iaitu AS$1.7 bilion, manakala bekalan nikel menurun kepada AS$518 juta daripada AS$709 juta.

    Pada masa yang sama, Rusia mengurangkan bekalan besi dan keluli ke China sebanyak satu pertiga kepada AS$286.7 juta, sementara meningkatkan eksport produk daripada logam itu sebanyak 1.8 kali ganda kepada AS$274 juta. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda