Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah raih slot ke peringkat kumpulan AWCL

    KUALA LUMPUR, 1 SEPT – Skuad bola sepak wanita Sabah yang melakar sejarah meraih slot ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25 membuka lembaran baharu arena bola sepak wanita Malaysia.

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyebut prestasi itu juga dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak wanita negara untuk lebih menyinar di peringkat antarabangsa.

    “FAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sabah FA atas kejayaan skuad bola sepak wanita Sabah melayakkan diri ke AWCL 2024/25,” menurut kenyataan itu.

    Sabah meraih slot ke peringkat kumpulan AWCL apabila muncul juara Kumpulan C pada saingan peringkat awal kejohanan itu dengan mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

    Sabah mengutip tiga mata penting semalam, apabila menewaskan PFC Nasaf dari Uzbekistan dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas, manakala satu lagi mata diraih setelah seri tanpa jaringan dengan APF FC (Nepal) pada Khamis lepas.

    Dalam pada itu, FAM memaklumkan skuad kendalian Justin Ganai itu diundi dalam Kumpulan A bersama Wuhan Jiangda Women’s FC (China), Hyundai Steel Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE) pada aksi peringkat kumpulan yang akan berlangsung dari 6 hingga 12 Oktober ini. – Bernama

    Penjaga Gawang Sabah FA, Malaysia, Nurul Azurin Mazlan menyelamatkan gawang dari tendangan penyerang PFC Nasaf dari Uzbekistan pada saingan AWCL di Stadium Likas, pada 31 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda