Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sabah tawar khazanah sumber genetik untuk bioteknologi

    KOTA KINABALU, 29 OGOS – Sabah, dengan biodiversiti yang sangat besar, menawarkan khazanah sumber genetik yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aplikasi bioteknologi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

    Beliau berkata ekosistem negeri yang kaya termasuk hutan hujan, terumbu karang dan persekitaran laut dalam, menempatkan sejumlah besar organisma, kebanyakannya mungkin mengandungi biomolekul unik dan belum ditemui.

    “Kekayaan genetik ini boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan ubat baharu, varieti pertanian, enzim perindustrian dan produk bernilai lain,” katanya dalam ucapan perasmian di Simposium Bioteknologi Antarabangsa kelapan di sini hari ini.

    Simposium dua hari bermula hari ini anjuran Institut Penyelidikan Bioteknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dihadiri 250 peserta termasuk dari Jepun, Korea Selatan, India, Pakistan dan Indonesia.

    Chang berkata biomolekul yang terdapat dalam biodiversiti Sabah selalunya mempunyai ciri luar biasa seperti aktiviti antimikrob dan antikanser yang berpotensi menjadi aset yang tidak ternilai untuk kemajuan selanjutnya dalam bioteknologi. – Bernama

    Chang Lih Kang (tengah) diberi taklimat oleh Prof Madya Dr Wilson Yong Thau Lym (kiri) dari Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS mengenai tisu kultur buluh betung yang dihasilkan oleh UMS selepas merasmikan simposium kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda