Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Saham Asia jejaki kemerosotan Wall Street

    BANGKOK, 16 APRIL – Saham Asia tergelincir pada hari ini berikutan kemerosotan di Wall Street selepas hasil yang lebih tinggi dalam pasaran bon Amerika Syarikat meningkatkan tekanan ke atas saham.

    Indeks Komposit Shanghai turun 1.4 peratus kepada 3,013.84 walaupun kerajaan China melaporkan bahawa ekonomi berkembang pada kadar tahunan yang lebih cepat daripada ramalan sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama tahun itu. Dari segi suku tahunan ia berkembang pada kadar 1.6 peratus.

    Hang Seng di Hong Kong turun 1.9 peratus kepada 16,279.66.

    Nikkei 225 Tokyo jatuh 2.1 peratus kepada 38,402.59 apabila dolar terus meningkat berbanding yen Jepun, mencecah paras tertinggi baru 34 tahun. Menjelang tengah hari dolar didagangkan pada 154.33 yen, meningkat daripada 154.27 yen.

    Euro susut kepada AS$1.0613 daripada AS$1.0626.

    Di tempat lain di Asia, Taiex Taiwan mendahului penurunan serantau, jatuh 2.6 peratus. Pasaran di Bangkok ditutup untuk cuti Songkran.

    Di Korea Selatan, Kospi susut 2.3 peratus kepada 2,609.13, manakala S&P/ASX 200 Australia turun 2 peratus kepada 7,595.30.

    Pada hari Isnin, S&P 500 jatuh 1.2 peratus kepada 5,061.82, susulan kerugian 1.6 peratus daripada minggu lepas, yang merupakan yang paling teruk sejak Oktober. Dow Jones Industrial Average turun 0.7 peratus kepada 37,735.11, dan komposit Nasdaq merosot 1.8 peratus kepada 15,885.02. – AP

    Seseorang melihat papan saham elektronik yang menunjukkan indeks Nikkei 225 Jepun di firma sekuriti pada hari ini, di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...