Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saintis lancar pemburuan DNA raksasa Loch Ness

    INVERNESS – Cerita dongeng mengenai raksasa besar yang berkeliaran di bawah air yang keruh di Loch Ness telah berlanjutan selama lebih kurang 1,500 tahun dan pada hari ini, satu akademik pengajian berharap dengan kemudahan sains moden ia akan dapat merungkai misteri raksasa itu.

    Neil Gemmell telah mengembara dari Universiti Otago di New Zealand untuk mengambil sampel air di tasik Scotland itu, dengan satu harapan untuk menemui lebih banyak maklumat dengan terperinci mengenai raksasa itu dengan habitatnya yang jauh di dalam air keruh tasik berkenaan.

    “Lebih 1,000 penduduk telah mengakui bahawa mereka telah menjumpai raksasa itu. Mungkin terdapat sesuatu yang luar biasa di luar sana,” katanya kepada AFP, sebaik sahaja dia meletakkan lima liter botol kecil ke dalam air sungai tasik tersebut.

    Gemmell berkata bahawa dia telah menumpukan perhatian khususnya kepada ‘DNA’ raksasa itu akan tetapi projek tersebut lebih menumpukan ujian terhadap teknik DNA persekitaran bagi memahami keadaan semula jadi tasik berkenaan.

    Penduduk tempatan, Adrian Shina berkata bahawa projek Gemmell’s itu mampu memberikan satu sumbangan yang terbaik terhadap projeknya sendiri yang sudah lama dijalankan iaitu The Loch Ness Project.

    Lebih 1,000 penduduk telah mengakui bahawa mereka telah menjumpai raksasa itu.- AFP

    Usaha tersebut diinspirasikan kepada ketekunan pengembara antarabangsa seperti saintis dari Amerika Syarikat, Scott Taylor yang mana telah berada di tasik itu dengan menggunakan kereta klasiknya, Beatles, inspirasi kepal selam berwarna kuning pada akhir tahun 1960an.

    “Saya pasti terhadap beberapa spesies yang akan dapat dijumpai di mana belum pernah dikenal pasti dan diterangkan. Ia akan lebih daripada yang lain selain daripada bakteria,” kata Shine kepada AFP.

    “Jika anda menemui sesuatu yang lain, justeru anda akan menangani satu perkara yang baharu untuk mengenali apakah makhluk itu, apakah kategori jenis haiwannya,” tambah Shine lagi.

    Catatan penampakan

    Beberapa teori telah mengenal pasti mengenai semula jadi sebenar raksasa Loch Ness, dari sejenis mata yang garang, ciri penampilan yang boleh berubah-ubah, ‘kuda laut’ kepada dinosaur marin yang terselamat semasa era dinosaur, kemudian kepada batang kayu, ikan, burung atau ombak yang telah mengalir kuat dan banyak lagi.

    “Apa yang anda lihat di tasik tersebut yang mana anda tidak faham malah tidak diketahui, boleh jadi ia adalah raksasa Loch Ness pada hari itu,” tambah Shine lagi kepada media.

    Cerita awal mengenai makhluk itu di Loch Ness dibawa oleh Paderi Columba, yang mana telah membawa agama Kristian ke Scotland sekitar abad ke-6. Catatan terakhir tentang kelibat raksasa itu ialah pada 26 Mac tahun ini oleh pasangan kekasih dari Amerika Syarikat yang berdiri di kawasan runtuhan bangunan Istana Urquhart.

    Catatan terakhir tentang kelibat raksasa itu ialah pada 26 Mac tahun ini oleh pasangan kekasih dari Amerika Syarikat yang berdiri di kawasan runtuhan bangunan Istana Urquhart. – AFP
    Inverness merupakan pintu masuk kepada kawasan pantai utara 500, jalan terbaharu kepada jalan alternatif lain Scotland Route 66 yang mana telah berjaya menarik sekitar 26 peratus pelancong untuk ke kawasan itu pada tahun lepas. – AFP

    “Mereka menerangkan, terdapat satu bayangan hitam yang besar bergerak di bawah air di mana mereka dapat anggarkan sekitar 30 kaki besar,” kata Dave Bell kepada media. “Pada tahun lepas, kami telah berjaya mencatatkan sekitar 11 penglihatan terhadap raksasa tersebut,” kata lelaki itu yang mengemudi kapal persiaran pelancong di tasik berkenaan.

    Perkembangan pelancongan

    Tanah tinggi itu turut melalui satu perkembangan yang baik itu industri pelancongnya dan tidak semua dikaitkan dengan raksasa misteri tersebut.

    Inverness merupakan pintu masuk kepada kawasan pantai utara 500, jalan terbaharu kepada jalan alternatif lain Scotland Route 66 yang mana telah berjaya menarik sekitar 26 peratus pelancong untuk ke kawasan itu pada tahun lepas, menurut agensi pelancongan tanah tinggi dan pulau di kawasan berkenaan.

    “Terdapat lebih ramai orang sekarang,” kata Joanna Stebbing, pengurus operasi di stesen perahu, Loch Ness, yang mana telah mencatatkan sekitar 33 operasi keselamatan telah berlaku pada tahun lepas. “Semua syarikat, sama ada operasi kayak atau kapal layar telah ditempah lebih awal dan penuh,” tambahnya lagi kepada media.

    Andrea Ferguson yang berusia 56 tahun dan seorang guru di Saint Louis, Missouri telah menaiki Nessie Hunter untuk cuba melihat jika ada kelibat mengenai raksasa tersebut yang mana telah menjadi salah satu cerita yang sering didengarnya semasa dia kecil.

    “Terlalu banyak penglihatan telah dicatatkan namun tidak satu pun bukti yang berjaya mencatatkan ia sebenarnya memang wujud,” katanya lagi kepada media.

    “Loch ini besar, ia mungkin lebih besar daripada apa yang difikirkan. Air hitam, sangat misteri, malah terlalu banyak kabus dan embun serta bukit-bukit tinggi yang dikelilingi dengan awan, lantaran itu, ia mewujudkan lagi satu fenomena misteri dan aneh, namun sebenarnya, ia mempamerkan satu pemandangan yang cantik dan menakjubkan,” tambah Andrea lagi kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda