Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saksikan filem vintaj di Arkib Negara

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Beberapa koleksi filem vintaj dipamerkan di teater bangunan Arkib Negara di Jalan Menteri Besar bermula hari ini hingga 23 Disember bersempena Festival Disember Brunei (BDF) 2021.

    Esok, filem bertajuk Brunei Bergembira 1958 ditayangkan dari pukul 10 pagi diikuti dengan filem The Renaming of Brunei Town to Bandar Seri Begawan pada pukul 11 pagi.
    Kedua-dua filem berkenaan juga telah ditayangkan pada hari ini.

    Manakala itu, pada 22 Disember, filem The Development of Brunei Economy akan ditayangkan pada pukul 10 pagi diikuti dengan filem Coronation Ceremony of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam pada pukul 11 pagi.

    Filem-filem serupa juga akan ditayangkan pada 23 Disember.

    Orang ramai yang berhasrat menyaksikannya dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

    Orang ramai juga tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman manakala itu kapasiti maksimum adalah hanya 48 orang.

    LOGO BDF

    Penonton menyaksikan filem lama di teater Arkib Negara, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Muzium-muzium

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda