TOKYO, 3 JAN – Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga esok, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu hari ini, lapor Xinhua.
Setakat 5 pagi tadi, sekitar 412 sentimeter (cm) salji direkodkan di Sukayu, kawasan pergunungan Hakkoda di Wilayah Aomori, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Salji dijangka mencecah 50cm di wilayah Tohoku, 40cm di wilayah Hokkaido dan Niigata, 35cm di wilayah Kanto-Koshin dan 30cm di wilayah Hokuriku dan Tokai menjelang pagi esok, menurut JMA. – Bernama