Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sallehuddin juara Beyblade X

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Awang Sallehuddin bin Sabli daripada Pasukan DBos Beys muncul juara sekali gus berjaya membawa pulang TV 32 inci setelah berjaya menewaskan Awang Aediesopian bin Haji Ismail daripada Pasukan Jakusha Bladers dalam perlawanan akhir Beyblade X, 2 on 2, anjuran SA Bladers yang diadakan di Kampung Selayun, Mukim Sengkurong.

    Sementara itu, Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Pasukan Underground X berjaya merangkul tempat ketiga setelah menewaskan Awang Mimi Nazuwan bin Haji Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers yang menduduki tempat keempat.

    Manakala, pemenang hadiah sagu hati lapan teratas disandang oleh Pengiran Hasswandy, Awang Ehsan, Awang Sharizmi Hanis dan Haji Rosaimi.

    Dalam perebutan gelaran juara Liga Jakusha Bladers 2024/2025, Pasukan SA Bladerz mengungguli carta liga dengan 26 mata, diikuti oleh Pasukan Underground X (18 mata), Pasukan DBos Beys (17 mata) dan Pasukan Jakusha Bladers (13 mata).

    Awang Sallehuddin bergambar bersama hadiah yang dimenanginya. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda