Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Hijab Sedunia 19 Feb ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Hijab Sedunia (WHD) yang diraikan setiap 1 Februari, duta rasmi Brunei untuk WHD dan Pengasas Festival Fesyen Islam Brunei (BIFASH), Mia Suria akan mengadakan acara khas sempena hari tersebut di kedai konsep BIFASH, The Mall, Gadong pada 19 Februari ini.

    Acara WHD yang ditaja oleh Aidijuma Scarf itu akan diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti cara-cara pemakaian hijab dengan pelbagai gaya, aktiviti minum petang, sesi perkongsian ‘Spread the Love’ dan juga 100 bawal percuma akan diberikan semasa acara tersebut.

    Semasa acara Hari Hijab Sedunia itu nanti yang membawa tema #IStand4Hijab juga akan menampilkan tetamu istimewa iaitu seorang artis tempatan, Putri Norizah.

    Putri Norizah (kiri) di samping Mia Suria akan memeriahkan acara WHD pada 19 Februari ini di The Mall, Gadong.
    Putri Norizah (kiri) di samping Mia Suria akan memeriahkan acara WHD pada 19 Februari ini di The Mall, Gadong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda