Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Ilal Hijrah 1446 seluruh negara

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 7 JULAI – Seluruh negara telah mengadakan majlis menandakan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah dan menyambut tahun baru 1446 Hijrah dalam Kalendar Islam petang kelmarin.

    Di Daerah Belait, majlis utama diadakan di Masjid RPN Kampong Pandan, Kuala Belait, dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad; Ketua Pegawai Agama Daerah Belait, Mohamad Aliyani bin Ismail, serta pegawai dan kakitangan agensi kerajaan di daerah tersebut.

    Bertemakan ‘Memelihara Minda, Masyarakat Sejahtera’ tahun ini, majlis dimulakan dengan Doa Akhir Tahun 1445 Hijrah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid RPN Kampong Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin dan diikuti solat Maghrib beramai-ramai.

    Solat maghrib berjemaah.

    Kemudiannya, Awang Abdul Qayyum mengimamkan solat Sunat Hajat diikuti dengan bacaan Doa Awal Tahun 1446 Hijrah dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

    Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew berdoa bersama dengan para jemaah dalam majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda