Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sampaoli enggan kibar bendera putih

    SAINT PETERSBURG, 26 Jun – Pertembungan hidup mati Argentina berdepan Nigeria awal pagi esok boleh menjadi satu lonjakan penting buat pasukan itu di Rusia selepas permulaan buruk di Piala Dunia tegas jurulatih, Jorge Sampaoli.

    Kegagalan menewaskan pasukan Afrika itu akan melanjutkan penantian Lionel Messi untuk menang trofi antarabangsa, di mana pasukan itu mungkin akan dimalukan lagi apabila tersingkir daripada peringkat kumpulan tanpa menang.

    Kekalahan 3-0 di tangan Croatia selepas Argentina seri 1-1 berdepan Iceland menyebabkan desakan pemecatan Sampaoli, ini kerana pemain tidak suka dengan taktik dan pemilihan pemain.

    Namun selepas minggu yang sukar, termasuk perjumpaan bersama skuad, jurulatih dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia, Sampaoli cuba mengembalikan nasib pasukan itu.

    Jorge Sampaoli tiba bagi menghadiri sidang media di Saint Petersburg.– AFP

    “Kami perlu mencapai sasaran lima perlawanan hingga final. Esok akan menjadi final pertama,” kata Sampaoli menjelang pertemuan di Saint Petersburg.

    “Tidak kira siapa kami akan bermain esok, kami perlu bertarung habis-habisan, supaya Argentina meneruskan kemaraan.

    “Kami tiada pilihan dan saya yakin inilah yang akan kami lalui. Esok saya yakin mereka akan melihat versi terbaik Argentina pada Piala Dunia.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda