Thursday, March 13, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sandara 2NE1 sanggup tipu usia sebenar demi pikat lelaki comel

    Anggota kumpulan 2NE1, Sandara Park pernah menipu usia sebenarnya demi memikat seorang lelaki yang ketika itu berumur 14 tahun.

    Memetik laporan mStar, Sandara ketika itu berusia 19 tahun mendedahkan dia menipu umurnya 16 tahun kepada lelaki tersebut kerana jatuh hati dengan wajahnya yang comel.

    “Dulu ada seorang lelaki comel minta nombor telefon saya. Dia baru berumur 14 tahun.

    “Disebabkan dia sangat comel, jadi saya pun berikan nombor telefon saya.

    “Masa itu umur saya 19 tahun. Jadi saya tipu dia cakap umur saya 16 tahun,” katanya.

    Pendedahan itu bagaimanapun menerima reaksi bercampur-baur daripada warganet yang ada di antara mereka terkejut dengan perbuatannya.

    Ramai merasakan kisah itu tidak sepatutnya dicontohi malah ia adalah perbuatan jenayah.

    “Ini sangat keterlaluan! Saya tak sangka Sandara bangga dengan perbuatannya itu. Dia sedar ke ia merupakan satu jenayah?

    “Ini tidak normal… Jarak di antara 19 tahun dengan 14 tahun sangat jauh. Tak wajar orang dewasa bermain cinta dengan remaja bawah umur,” komen warganet. – Agensi

    Sandara dedah pernah bercinta dengan remaja bawah umur. – Soompi.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda