Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak akan bina Dataran Kapit di tapak IPD

    KAPIT, 8 DIS – Sarawak akan membina Dataran Kapit di tapak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu dan kawasan berdekatan Kubu Sylvia.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembinaan kawasan lapang dan hijau yang moden itu akan dilaksana selepas IPD Kapit baharu, yang diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan beliau ke daerah ini pada September lepas, siap.

    Beliau berkata kawasan itu, yang merupakan lokasi perjanjian damai antara masyarakat Iban dan Orang Ulu pada 1924, mempunyai nilai sejarah tersendiri.

    “Oleh yang demikian, kita perlu membangun dan memodenkan kawasan ini sebagai simbol perpaduan bukan hanya di Kapit malah di Sarawak,” katanya semasa merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Perjanjian Damai Kapit di Kubu Sylvia hari ini.

    Bagi tujuan itu, Abang Johari berkata beliau akan berbincang dengan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Menteri Kerja Raya dan wakil rakyat tempatan lain berhubung pembinaan dataran tersebut.

    Beliau juga berkata hasil keamanan dan kestabilan politik yang terpelihara, Sarawak mempunyai masa depan cerah.

    Abang Johari berkata justeru itu, kerajaan akan meneruskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 dengan menekankan tiga tonggak penting iaitu kemajuan ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg menunjukkan hasil tanaman selepas merasmikan Metropolitan Food Cluster Opar pada 5 Disember. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda