Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak bakal anjur persidangan EIC CONNECT Energy Borneo

    KUCHING, 15 NOV – Sarawak bakal menjadi tuan rumah EIC CONNECT Energy Borneo 2025, persidangan untuk mene-roka peluang perniagaan dalam pasaran tenaga serantau, yang akan diadakan di bandar raya ini pada 25 hingga 26 Februari 2025.

    Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata persidangan julung kali itu akan melibatkan penyertaan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia, di samping menggalakkan kerjasama rentas sempadan untuk mempercepat peralihan tenaga di rantau Borneo.

    “Visi dan objektif persidangan ini selaras dengan matlamat Sarawak untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

    “Nadi EIC CONNECT Energy Borneo 2025 ialah komitmen kami untuk memacu peralihan tenaga dengan lebih agresif,” katanya.

    Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, beliau berkata persidangan dua hari itu bertemakan Net Zero as a Catalyst for Economic Prosperity, Collaborative Actions in Achieving Regional Synergies dan Strategies for Strengthening Energy Security, dengan ucapan khas daripada wakil pegawai kanan kerajaan dari negara peserta. – Bernama

    Datuk Dr Hazland Abang Hipni bercakap ketika sesi forum ‘Peralihan ke Arah Ekonomi Hijau’ pada Forum Ekonomi Belia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda