Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak perketat pergerakan rentas zon

    KUCHING, 16 APRIL – Berkuat kuasa Isnin depan, pergerakan merentas zon di Sarawak perlu mendapat kelulusan polis yang hanya akan mengeluarkan permit kepada mereka tersenarai dalam kategori perkhidmatan penting sahaja, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak berkata perkara berkenaan diputuskan oleh jawatankuasa itu setelah mendapati sebanyak 505 kes positif COVID-19 dan lapan kluster direkodkan sejak Januari lepas disebabkan pergerakan antara zon.

    “Senarai perkhidmatan penting adalah (sektor) pengangkutan awam; pemandu yang menghantar barang makanan dan keperluan harian; dan hal-hal kecemasan,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda