Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak peruntuk RM22 juta kepada Sekolah Bantuan Cina

    KUCHING, 2 OKT – Sarawak memperuntukkan RM12 juta kepada Sekolah Rendah Bantuan Cina dan RM10 juta untuk Sekolah Menengah Bantuan Cina di negeri itu tahun ini.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peruntukan kepada Sekolah Rendah Bantuan Cina itu meningkat sebanyak RM3 juta berbanding RM9 juta pada tahun lepas.

    “Tahun ini, peruntukan telah dinaikkan daripada RM9 juta kepada RM12 juta bagi membantu sekolah rendah bantuan Cina.

    “Di samping itu, RM10 juta lagi diperuntukkan kepada sekolah menengah dan semua aspek ini diambil kira demi masa depan anak-anak kita,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.

    Menurut kenyataan itu, Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Kuching, semalam.

    Abang Johari berkata Sarawak juga akan terus mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu bagi membolehkan pelajar sekolah Cina melanjutkan pelajaran di universiti milik Sarawak pada 2026. – Bernama

    Gambar UKAS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda