Saturday, January 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak sedia 100 katil ICU

    KUCHING, 2 APRIL – Sarawak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani penularan wabak COVID-19 dengan menyediakan 100 katil unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak (HUS), kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPNB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata HUS adalah hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Sarawak serta mempunyai keseluruhan 1,000 katil.

    “Jika keadaan mendesak, strategi kita untuk memindahkan semua pesakit yang tiada kaitan dengan COVID-19 dari hospital itu agar mempunyai ruang cukup untuk menempatkan semua pesakit COVID-19.

    “Pesakit-pesakit yang dikeluarkan itu akan ditempatkan di Pusat Jantung Sarawak di Samarahan, Hospital Serian dan Hospital Bau supaya pesakit yang terlibat itu dapat menerima rawatan yang sama,” katanya pada sidang media khas COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata terdapat 23 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak sebanyak 211 dengan 21 kes baharu itu dirawat di Hospital Umum Sarawak dan dua kes di Hospital Sibu.

    Sarawak mencatatkan satu kematian hari ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak sembilan kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda