MILAN, 2 OGOS – Ketua jurulatih Juventus, Maurizio Sarri memberi amaran bahawa pasukannya akan kembali dengan aksi menyerang terbaik mereka dalam saingan Liga Juara-Juara minggu depan meskipun mengakhiri kempen Serie A dengan kekalahan di laman sendiri menentang Roma kelmarin.
Ia merupakan kekalahan kedua Juventus sejak bergelar juara Serie A buat kali kesembilan berturut-turut, hanya beberapa hari sebelum menyambung semula kempen Liga Juara-Juara menentang Lyon.
“Ia adalah perkara yang baik untuk kami merasa sedikit gementar,” kata Sarri, yang
pasukan sedang mengejar kejuaraan elit Eropah buat kali pertama sejak 1996.
“Kami mengalami penurunan persembahan yang dapat dielakkan selepas kemenangan menentang Lazio.
“Tenaga fizikal boleh pulih dengan cepat, tetapi secara psikologi, ia mesti dipulihkan dengan segera bagi memberikan aksi sebenar ketika menentang Lyon.”
Pasukan bimbingan Sarri perlu berusaha keras selepas tewas 1-0 pada pusingan pertama dalam perlawanan kelompok 16 terakhir menentang Lyon. – AFP