Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Seramai 199 orang pelajar terbaik diraikan di Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) bagi Tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan kelmarin.
Para pelajar berkenaan menerima hadiah pelajar terbaik setiap kelas dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 5 hingga Tahun 10 (Normal Track) dan juga 32 pelajar lain yang berjaya memperoleh gred 5A dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan diteruskan dengan ucapan daripada pengetua sekolah, Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor, yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang diraikan.
Majlis Penghargaan berkenaan merupakan acara tahunan bertujuan sebagai pemangkin semangat dan motivasi kepada para penerima dan pelajar lain untuk mencapai kejayaan cemerlang yang serupa pada masa akan datang.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh seorang pengajar sekolah berkenaan, Awang Md Ilham Syakirin bin Haji Muhammad Salleh.
Semua di atas: Antara pelajar yang diraikan dalam majlis berkenaan.