Sunday, December 22, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu lagi kes polio dilapor di Pakistan

    ISLAMABAD, 20 NOV – Pakistan telah melaporkan satu lagi kes polio di kawasan barat laut yang bergolak, membawa jumlah kes keseluruhan kepada 50 untuk tahun ini.

    Pakistan dan Afghanistan kekal sebagai dua negara di dunia yang belum berjaya menghapuskan polio sepenuhnya. Kes terbaharu ini dikesan di Tank, Khyber Pakhtunkhwa, kawasan di mana pemberontak sering menyasarkan pekerja polio dan anggota polis yang ditugaskan untuk kempen anti-polio.

    Kebanyakan kes polio tahun ini dilaporkan di Khyber Pakhtunkhwa dan Balochistan, dua wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan, di mana 23 kes disahkan, peningkatan yang ketara berbanding enam kes pada tahun 2023.

    Peningkatan tersebut dikaitkan dengan pemulangan semula secara paksa pelarian Afghanistan, yang menyebabkan pergerakan penduduk yang besar dan tidak dapat diramalkan merentasi sempadan, membolehkan virus tersebut merebak.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan kesan keganasan terhadap usaha pembasmian polio di Pakistan, memandangkan serangan terhadap pekerja kesihatan telah menghalang kempen vaksinasi itu. – AP

    Seorang petugas kesihatan memberikan titisan vaksin polio kepada seorang kanak-kanak ketika kempen anti-polio khas di seluruh negara di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi pada 9 September. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda