Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satu lagi pingat dari atlet karate negara

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Atlet sukan karate sekali lagi mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam apabila berjaya untuk meraih 1 pingat gangsa dalam pertandingan Karate semasa Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI), 2024 yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara, Miri, Sarawak kelmarin.

    Pingat gangsa berkenaan diperoleh melalui acara Kata Berpasukan Lelaki yang diwakili oleh Awang Farhin Idlan Mohamad Shamrin, Awang Muhammad Iqbal Asnan dan Awang Muhammad Syahmi Zaffran Bakar.

    Pasukan negara berjaya menewaskan pasukan dari negeri Perak dalam perlawanan repechage dengan markah 38.30 mata berbalas 36.70 mata.

    Sukan karate menutup tirai di kejohanan SUKMA XXI dengan menyumbangkan 3 pingat kepada kontinjen negara iaitu 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

    Jumlah kutipan pingat Negara Brunei Darussalam setakat ini adalah 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa yang membawa jumlah pingat negara kepada sebanyak 5 pingat keseluruhan di akhir hari kelima pertandingan SUKMA XXI.

    Atlet Karate negara iaitu Awang Farhin Idlan, Awang Muhammad Iqbal dan Awang Muhammad Syahmi berjaya meraih pingat gangsa dalam acara Kata Berpasukan Lelaki semasa SUKMA XXI, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN URUS SETIA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda