Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya dan isteri baik-baik sahaja’

    Penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Opick, menyangkal dakwaan rumah tangga bersama Bebi Silvana berantakan seperti yang hangat diperkatakan dalam media sosial, sejak akhir-akhir ini.

    Menurut BH Online, biarpun tinggal berasingan, Opick atau nama sebenar, Aunur Rofiq Lil Firdaus, 49, menjelaskan hubungan mereka damai dan tidak berdepan masalah.

    “Keadaan kami baik-baik saja. Isteri di Bandung, saya pula menetap di Jakarta. Kadang-kadang saya ke Bandung, tiada masalah… Aman,” katanya pada sidang media mempromosikan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi-Opick & Sakti Live in Kuala Lumpur secara maya, baru-baru ini.

    Sebelum ini, Bebi yang juga usahawan dilihat sering berkongsi kisah rumah tangga dalam media sosial hingga dilihat bertindak meninggalkan kediaman suami di Jakarta Timur dan pulang ke Bandung bersama dua cahaya mata mereka.

    Tindakan Bebi yang didakwa gemar mendedahkan aib suami mencetuskan perasaan kurang senang warganet. Mereka menganggap Bebi gemar meraih perhatian.

    Bagaimanapun, awal bulan lalu, Bebi dikatakan kembali ke pangkuan Opick selepas video yang memaparkan dia naik ke pentas sambil mendukung anak ketika penyanyi lagu Rapuh itu sedang menyanyi, tular. – Agensi

    Opick bahagia bersama isteri dan anak-anak mereka. – IDN Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda