Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Sebagai tanggungjawab sosial korporatnya dan juga sumbangan peribadi daripada pihak-pihak penderma, SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd hari ini telah menghulurkan sumbangan barang keperluan berjumlah $25,654.20 kepada Kementerian Kesihatan.
Majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di ibu pejabat, Kementerian Kesihatan, Berakas di mana sumbangan telah diserahkan oleh Pengurus Besar SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd, Philip Grant kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membuat sebarang sumbangan bolehlah berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.