Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sedihnya hidup Datuk Red

    Lima tahun tiada pendapatan tetap, usahawan Malaysia, Datuk Seri Adnan Abu nekad mencari pekerjaan baharu bagi menampung kehidupannya dan keluarga.

    Selepas diisytiharkan bankrap pada tahun 2019, Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red berkata dia tiada pekerjaan dan terpaksa menumpang belas ihsan isteri kedua iaitu penyanyi Adira Suhaimi.

    “Macam inilah kehidupan, betul saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytiharkan bankrap sejak 2019.

    “Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu! Perkongsian cari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira.

    “Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal,” katanya ketika dihubungi mStar kelmarin.

    Datuk Red kagum dengan pengorbanan Adira. – mStar

    Dalam pada itu, Datuk Red berkata sepanjang lima tahun itu pelbagai usaha dilakukan bagi mencari pekerjaan tetap, namun tidak membuahkan hasil.

    Malah, dia juga pernah disarankan untuk menjadi pemandu e-hailing namun tidak cukup untuk membayar hutang-hutangnya.

    “Saya ini terlalu banyak hutang… sampai berjuta-juta. Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.

    “Saya pun ada tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya.

    “Nyawa saya pun sudah tidak lama, takkan saya nak mati dengan hutang,” luahnya.

    Mengakui penat berdepan ujian hidup, Datuk Red berkata dia pernah terfikir untuk menamatkan hidupnya.

    Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih memiliki pegangan agama dan menganggap kepayahan dilalui ini sebagai ujian hidup.

    “Kadang-kadang sampai terfikir kalau ada mesin tarik nyawa memang saya nak cuba sebab sudah tak larat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda