Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah ditutup di Jerman

    BERLIN, 7 APRIL- Beberapa sekolah di bandar Duisburg, barat laut Jerman menangguhkan sesi pembelajaran secara bersemuka dan beralih kepada pembelajaran dalam talian hari ini susulan penerimaan e-mel berunsur ancaman daripada kumpulan pelampau sayap kanan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik penyiar awam wilayah, WDR.

    Polis memaklumkan bahawa lebih 12 sekolah menerima e-mel berunsur ancaman sejak Jumaat lalu, dipercayai daripada kumpulan pelampau berhaluan kanan.

    Keadaan itu mendorong pihak berkuasa untuk mengambil langkah berjaga-jaga sementara siasatan dijalankan.

    Pihak polis memaklumkan bahawa anggota keselamatan akan ditempatkan di beberapa sekolah pada Isnin bagi menjamin tahap keselamatan.

    “Selepas menilai keseluruhan situasi, pakar-pakar Keselamatan Negeri Duisburg berpendapat bahawa ancaman itu tidak serius,” menurut kenyataan pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga tetap diambil bagi “mengurangkan sebarang kemungkinan risiko.”

    Lebih 12 sekolah menggantung sesi pembelajaran secara fizikal dan beralih kepada pembelajaran jarak jauh pada hari itu.

    Beberapa sekolah lain turut menawarkan pilihan pembelajaran dalam talian, membenarkan ibu bapa untuk menentukan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda