Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kebakaran di rumah penjagaan Sepanyol

    MADRID, 15 NOV – Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kebakaran di sebuah rumah penjagaan dekat Zaragoza, di timur laut Sepanyol, lapor agensi berita Jerman, dpa, pada Jumaat memetik media Sepanyol.

    Dua lagi mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas kebakaran di rumah penjagaan di Villafranca de Ebro, di wilayah autonomi Aragon.

    Kebakaran berlaku sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan, ketika 82 penghuni dilaporkan berada di dalam rumah penjagaan itu.

    Punca kebakaran masih belum diketahui.

    Jumlah petugas yang berada di lokasi kejadian pada waktu itu masih belum jelas. Pasukan bomba, polis, doktor dan ahli psikologi telah berada di tempat kejadian.

    Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dalam satu hantarannya di X, berkata beliau ‘terkejut dengan tragedi’ di rumah penjagaan itu.

    Beliau menzahirkan ‘salam takziah dan simpati’ kepada keluarga dan rakan sekerja mangsa yang terkorban. – Bernama

    Penduduk rumah penjagaan berkenaan dipindahkan selepas sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kebakaran yang berlaku, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda