Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamat tinggal Brehme

    BERLIN, 20 FEB – Andreas Brehme, yang menjaringkan gol tunggal ketika Jerman Barat menewaskan Argentina untuk memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 1990, telah meninggal dunia pada usia 63 tahun.

    Pasangan Brehme, Susanne Schaefer mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan kepada agensi berita Jerman (dpa) hari ini. Schaefer berkata Brehme meninggal dunia ‘secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka’ pada waktu malam akibat serangan jantung.

    “Andreas Brehme akan selama-lamanya berada dalam hati kami, sebagai pemenang Piala Dunia dan yang lebih penting, sebagai seorang yang sangat istimewa,” kata bekas kelabnya, Bayern Munich di X.

    Brehme, yang kebanyakannya bermain sebagai penyerang bek kiri, adalah bintang bola sepak Jerman pada 1980an dan 1990an yang memainkan peranan penting dalam kemenangan Piala Dunia 1990.

    Beliau menjaringkan gol pada separuh akhir ketika menentang England, di mana Jerman Barat akhirnya menang menerusi sepakan penalti, di mana penaltinya pada minit ke-85 menentukan perlawanan akhir di Rom menentang Argentina. Kemenangan Piala Dunia membawa gelombang sambutan kebangsaan di seluruh Jerman, yang pada masa itu sedang dalam proses penyatuan semula selepas runtuhnya Tembok Berlin pada tahun sebelumnya.

    Dia terus bermain sebanyak 86 perlawanan antarabangsa untuk Jerman Barat dan Jerman bersatu.

    Di peringkat kelab, Brehme memenangi kejuaraan Jerman dua kali, sekali bersama Bayern pada 1987 dan sekali dalam kempen mustahil Kaiserslautern ke kejuaraan pada 1998, dalam musim pertama mereka selepas dinaikkan pangkat.

    Dia juga memenangi Serie A Itali bersama Inter pada 1989. – AP

    Reaksi Brehme meraikan gol kemenangan bersama ahli pasukannya dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia menentang Argentina di Stadium Olimpik, Rom pada 8 Julai 1990. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda