Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamat tinggal Jaafar Onn

    Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis serba boleh, Jaafar Onn pada pagi Rabu.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.

    Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30.

    “Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

    “Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

    Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun. – mStar

    “Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Untuk rekod, Jaafar memulakan karier seninya sekitar tahun 1970an dengan menyertai sebuah kumpulan tarian yang popular zaman itu dan pernah membuka kelas tarian dikenali Maya Studio, bertempat di Bangsar.

    Pada 1973, beliau dipelawa pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyertai rancangan masakan Dunia Wanita yang ketika itu dihoskan oleh Datin Paduka Zaleha Ismail.

    Bermula dari situ, nama Jaafar dikenali ramai sebagai tukang masak.

    Tidak hanya berbakat sebagai tukang masak, Jaafar juga melebarkan sayap sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980an apabila muncul dengan telefilem pertama lakonannya, Lagenda Lela Manja.

    Sepanjang hayatnya, Allahyarham berlakon dalam banyak filem Malaysia antaranya XX Ray, Sama Tak Serupa, Suami Isteri Dan…, Aku Nombor Satu, Tipah Tertipu The Movie, Rock Oo dan Kampung Latah The Movie.

    Allahyarham juga cukup terkenal dengan drama bersiri ikonik Cili Padi menerusi watak Cikgu Jaafar yang ditayangkan pada pertengahan 1990an.

    Jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanjung Gading, Muar Johor pada Rabu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda