Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seluruh negara sambut Ilal Hijrah

    Oleh Daniel Lim dan Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Sempena peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah dan bagi menyambut tahun baharu dalam kalendar Islam, Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1446 telah diadakan di seluruh negara.

    Di Daerah Belait, majlis utama telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait, yang dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad; Ketua Pegawai Agama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, serta pegawai dan kakitangan agensi kerajaan di daerah tersebut.

    Bertemakan Memelihara Minda, Masyarakat Sejahtera, majlis dimulakan dengan Doa Akhir Tahun 1445 Hijrah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid RPN Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin diikuti solat Maghrib berjemaah.

    Awang Abdul Qayyum turut mengimamkan solat Sunat Hajat, diikuti dengan bacaan Doa Awal Tahun 1446 Hijrah dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa solat berjemaah di Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Majlis yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong disertai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary semasa menghadiri majlis di Masjid Utama Mohammad Salleh, Temburong. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Di Daerah Tutong, tumpuan utama majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku tetamu kehormat.

    Majlis dimulakan dengan Doa Akhir Tahun Hijrah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Awang Mohd Waiz bin Tajuddin.

    Sejurus itu, Solat Fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Awang Sahibol Omar bin Haji Mohd Yusof, yang seterusnya memimpin bacaan Doa Awal Tahun Hijrah.

    Atur cara majlis juga diisikan dengan Solat Sunat Ba’diah dan Solat Sunat Hajat berjemaah serta bacaan Doa Selamat bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar Negara Brunei Darussalam sentiasa memperoleh keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar daripada segala wabak penyakit dan bala bencana.

    Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri; dan Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Azman bin Haji Musa.

    Juga hadir pada majlis berkebajikan berkenaan ialah penghulu dan ketua-ketua kampung, ketua-ketua cawangan setiap jabatan di Daerah Tutong, para pegawai dan kakitangan kerajaan, serta penduduk-penduduk setempat.

    Sementara itu, majlis di Masjid Utama Mohammad Salleh di Daerah Temburong telah disertai oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda