Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan pemancing selamat, bot karam di Tawau

    TAWAU, 27 MAC – Seramai sembilan pemancing berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam di perairan Tinagat dekat sini pagi tadi, sebelum diselamatkan kru kapal dagang yang melalui kawasan itu, hari ini.

    Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, mangsa yang kesemua lelaki itu kemudian mendapat bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum membawa mangsa ke pos kawalan.

    Mangsa terlibat ialah Daniel E Mercado, 41; Marcel Maning, 30; Mohamed Fadle Talib, 40; Alfred Wollin, 40; Johan Hamid, 30; Selamat Hempeng, 51; Lionel Kimjuat Singgang, 35; Abduramzee Abdurahim, 32; dan Mohd Nazir Izuan Ahmaf, 41.

    Kenyataan itu menyatakan pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 8:33 pagi tadi, mengenai sebuah bot yang dinaiki sembilan lelaki hampir karam di perairan Tinagat di sini.

    Susulan itu, pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan persisiran pantai Kampung Tinagat, melibatkan jentera serta enam anggota. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda