Tuesday, September 24, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seorang terbunuh, 17 cedera dalam serangan udara Israel di Lubnan

    BEIRUT, 23 SEPT – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 17 lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Lubnan awal pagi tadi, lapor agensi Anadolu, memetik media Lubnan.

    Jet pejuang Israel melancarkan lebih 80 serangan udara dalam tempoh 30 minit pada awal pagi, menyerang kawasan dan lembah antara bandar Ansar dan Zrariyeh di Nabatieh, selatan Lubnan, menurut agensi berita nasional Lubnan, NNA.

    Serangan turut menyasarkan beberapa kawasan lain termasuk Wa’ba, Jibchit, Sharqia, Al-Namiriyeh, pinggir Kfar Tebnit, Nabatiyeh El Faouqa dan Deir El Zahrani.

    Selain itu, kawasan sekitar lebuh raya Kfar Roummane-Midneh, pinggir Yohmor Al-Shaqif, Arnoun, Jabal Al-Tuffah, Jabal Al-Rihan, pinggir Sejoud, dan bekas lintasan sempadan Kfar Tebnit turut terkena serangan.

    Seorang pengembala Lubnan terbunuh dan enam orang cedera, termasuk dua ahli keluarga dalam serangan Israel di Bodai, timur Lubnan, menurut media tempatan.

    Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan 11 orang cedera dalam satu lagi serangan di Aitaroun, selatan Lubnan, hari ini. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda