MADRID, 31 MAC – Sepanyol sekali lagi mencatat kematian tertinggi dengan 849 kematian dalam tempoh 24 jam hari ini meskipun ketua kesihatan berkata kadar jangkitan terus menurun. Selepas Itali, Sepanyol yang mengalami kematian kedua teruk akibat COVID-19 di dunia mencatatkan 8,189 kematian. Angka terkini dicatatkan selepas angka kematian menurun sedikit, memberikan harapan pandemik ini mungkin