MADRID, 27 Jun – Dewan Rakyat Sepanyol kelmarin mengundi untuk menilai draf undang-undang bagi meluluskan eutanasia, rang-rang undang kedua yang diterima untuk dipertimbangkan dalam tempoh sebulan.
Pengubal undang-undang mengundi 208 berbanding 133 dan seorang tidak mengundi bagi menilai rang undang-undang yang telah didraf oleh parti Sosialis.
Mei lalu, cadangan yang sama dihantar oleh parlimen wilayah Catalonia juga telah dihantar tetapi ia menumpukan ke arah meluluskan eutanasia.
Draf undang-undang terbaharu juga adalah untuk meluluskan eutanasia di perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.
Tetapi langkah semakin ke depan dengan mengawalnya, dengan memberikan syarat bahawa individu boleh memohon untuk mati. Ia merupakan yang pertama kali rang undang-undang yang menyasarkan untuk meluluskan eutanasia sekali gus mengatasi kesukaran di parlimen sebelum percubaan sebelum ini gagal.
“Pengurusan ini akan melindungi hak untuk hidup tetapi pengiktirafan itu tidak selalunya betul,” beritahu timbalan ketua parti Sosialis, Adriana Lastra kepada parlimen.
“Ia betul kerana ia perlu disesuaikan menurut beberapa kepentingan yang lain termasuk maruah manusia.”
Draf itu menentukan bahawa individu itu boleh memohon untuk mati jika dia mengalami sakit yang serius dan kronik serta kehilangan upaya dan jika mereka warganegara Sepanyol atau penduduk tetap di Sepanyol.
Pesakit itu perlu membuat permintaan dengan menulis, bebas daripada tekanan dan menuntut secara berulang kali selepas 15 hari. – AFP