Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepanyol sita 5.6 tan kokain

    MADRID, 1 DIS – Pihak berkuasa Sepanyol merampas 5.6 tan kokain bernilai lebih 340 juta euro di pelabuhan Valencia, sekali gus menjadi tangkapan terbesar dadah di negara itu dalam tempoh empat tahun.

    Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan berkata, dadah itu ditemui ketika polis melakukan pemeriksaan terhadap kontena kapal yang mencurigakan selepas tiba dari Amerika Selatan.

    Gambar dikongsi kementerian itu menunjukkan timbunan ketulan dadah dalam bentuk batu-bata yang dibalut plastik dan tertera perkataan ‘rey’ (raja). Pihak berkuasa memulakan siasatan yang membawa kepada rampasan pada 2021 selepas mengesyaki kumpulan penjenayah ‘mengambil kesempatan’ ke atas pengimportan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membawa dadah ke Sepanyol ‘dari seberang Atlantik’.

    Jurucakap agensi penguat kuasa undang-undang Sepanyol, Guardia Civil di Valencia berkata, siasatan diteruskan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda