Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sepeda Amal Borneo MMA sasar kumpul RM500,000

    KUCHING, 7 APRIL – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 menerusi Sepeda Amal Borneo edisi tahun ini.

    MMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan program tahun ini akan menyaksikan 20 penunggang basikal menempuh perjalanan lebih 800 kilometer (km) dari Miri ke Kuching dari 28 Julai hingga 3 Ogos. Menurut persatuan itu, dana yang diraih melalui sumbangan dalam talian akan digunakan untuk program kesedaran dan saringan serviks yang dijalankan di bawah Program ROSE (Removing Obstacles to Cervical Screening) di Kapit, Miri, Bintulu, Kuching dan Puncak Borneo.

    “Saringan telah dimulakan awal Mac tahun ini dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik di Kapit, manakala lebih banyak saringan dirancang diadakan beberapa bulan menjelang acara berbasikal itu.

    “Kanser serviks ialah kanser ketiga paling lazim dalam kalangan wanita di Malaysia, dengan kejadian tertinggi dicatat di Sarawak,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda