Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seramai 9,861 divaksinasi, tiada kes baharu dicatatkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Setakat 20 April seramai 9,861 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sejak program vaksinasi bermula pada 3 April lalu.

    Manakala itu, tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 223 orang.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan turut memaklumkan bahawa tiada kes sembuh telah dicatatkan pada hari ini, menjadikan kes yang aktif kekal kepada 10 kes dengan kesemua kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan dalam keadaan yang baik

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 ialah pada 6 Mei 2020 (350 hari yang lalu), di mana jumlah kes import sejak kes jangkitan terakhir tempatan dilaporkan ialah sebanyak 82 kes.

    Kenyataan turut mengongsikan bahawa seramai 654 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala seramai 16,916 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 214 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 118,552 ujian.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda