Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serangan nekad ragut 31 nyawa

    KANO, 18 Jun – Suspek pejuang Boko Haram menggunakan remaja perempuan sebagai pengebom nekad telah mengorbankan 31 orang dalam satu serangan di sebuah bandar di timur laut Nigeria, menurut pihak berkuasa tempatan dan pemimpin militia memberitahu AFP kelmarin.

    Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan bandar Damboa di wilayah Borno tempoh hari di mana serangan itu menyasarkan orang awam yang pulang daripada menyambut cuti Aidilfitri dalam satu serangan yang seperti biasa dilakukan oleh Boko Haram.

    Susulan serangan nekad itu, para pejuang melepaskan roket grenad ke arah orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian sekali gus jumlah yang terkorban semakin meningkat.

    “Terdapat dua serangan nekad dan letupan roket grenad di Damboa malam kelmarin yang mengorbankan 31 orang dan beberapa yang lain cedera,” kata pemimpin militia tempatan, Babakuro Kolo.

    Pengebom nekad meletupkan bom di Shuwari dan berhampiran kejiranan Abachari sekitar jam 10:45 malam waktu setempat dan mengorbankan enam penduduk setempat kata Kolo, bercakap dari bandar Maiduguri.

    “Tidak seorang yang perlu memberitahu bahawa serangan ini dilakukan oleh Boko Haram,” kata Kolo. Pihak berkuasa kerajaan setempat telah mengesahkan jumlah yang terkorban.

    “Sejumlah besar yang terkorban adalah disebabkan roket yang dilancarkan dari luar bandar itu, selepas pengeboman itu berlaku,” katanya.

    “Selepas itu, serangan nekad itu dilakukan oleh enam remaja perempuan bawah umur di mana bukti anggota badan telah dijumpai di tempat kejadian oleh pasukan penyelamat. Mereka berumur antara tujuh dan 10 tahun, berdasarkan rupa mereka,” menurut pihak berkuasa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda